Wednesday, 30 May 2012

10 MITOS TENTANG CINTA

1. CINTA PANDANG PERTAMA

Kalau bahasa inggeris love at the first sight. Jangan percaya kalau ada lelaki yang mengatakan yang dia jatuh cinta pada kamu setelah kali pertama memandang mu. Ini kerana pandangan bererti dia terpesona melihat kamu. Lelaki yang jatuh cinta pandang pertama kebanyakannya lebih kepada nafsu. Jadi berhati-hatilah ya.

 

2. JERRY MCGUIRE'S SINDROM: YOU COMPLETE ME

Berhenti berfikir sedemikian kerana untuk bahagia kamu harus rasa lengkap tanpa bantuan orang lain. Pasangan yang tetap akan memenuhi separuh keinginan bukan sepenuhnya. Ada beberapa hal yang tidak boleh diberikan  si dia sebagai contoh maruah diri dan kebahagiaan . Mustahil untuk si dia memenuhi segala keinginan kamu yang seharusnya kamu memenuhi semuanya sendiri.

3. MINAT & SELERA HARUS SAMA

Secara genetik, fizikal, sosial dan psikologi kamu dan si dia adalah orang yang berbeza. Berusaha menyamai si dia atau sebaliknya merupakan satu sikap yang tidak sepatutnya. Andai dilakukan secara terpaksa itu akan timbulnya tekanan dan konflik. Perlu di ingatkan, adanya perbezaan minat dan selera sebenarnya  lebih menyenangkan kerana akan membuat hidup anda berwarna-warni. Jadi hargai perbezaan kamu dan si dia.

4. HARMONI= TIDAK MUDAH BERTENGKAR

Pasangan hrmoni pun pernah bertengkar, tetapi bukn bererti retak.
Bila ada pertengkaran , bererti kamu akan mengenali si dia dan belajar dari kesilapan. Namun janganlah terlalu emosi dan menyalahkan satu sama lain. Berbincang dan dapatkan kata sepakat masalah pasti akan selesai.

5. CINTA ADALAH SEGALANYA

Untuk membina sebuah hubungan, modal cinta sahaja tidak mencukupi. ini kerana cinta perlukan komitmen, kematangan, kewangan yang stabil, saling menghargai, hormat menghormati dan banyak lagi. Jadi jangan kata cinta boleh mengalahkan segala-galanya manakala yang lain-lain boleh di ketepikan. Percayalah cinta akan berhasil dengan cara itu.

6. CINTA PERLUKAN PENGORBANAN

Rasanya dalam novel atau drama sahaja yang berpendapat sedemikian. cinta hanya perlu kompromi bukan pengorbanan. Jika kamu perlu berkorban apa lagi hal-hal yang tidak sepatutnya, itu bermakna kamu telah terjebak dalam hubungan cinta yang tidak sihat. Jika si dia benar menyayangi kamu, pasti dia tidak memaksa mu mengorbankan sesuatu hanya untuk membuat hubungan berhasil.

7. ROMANTIC LOVE LAST FOREVER

Hubungan yang matang akan mengalami beberapa tahap mulai dari jatuh cinta yang lebih dalam. Jadi cubalah untuk sentiasa memahami meskipun sekarang tidak ada lagi perasaan berdebar-debar melihat si dia namun itu bukan bererti sudah tiada lagi cinta di hati kamu.

8. UBAT PATAH HATI: CARI CINTA BARU

Jangan kenang-kenang lagi dapatkan penganti si dia dan lupakan kisah cinta yang lalu. Namun jangan terburu mencari yang baru sehingga sampai sehinggakan tidak sempat kamu membuat analisis secapa positif mengapakah cinta kamu putus di tengah jalan. Adalah lebih baik kamu beri masa pada diri untuk muhasabah diri sebelum mulakan hubungan baru. Secara tidak langsung kamu dapat belajar dari kesilapan yang lalu.

9. PERLU SELALU JUMPA UNTUK LEBIH AKRAB

Jangan bertemu tidak kira masa sanggup meninggalkan rakan dan keluarga. Perlu kamu tahu kualiti hubungan tidak boleh di nilai hanya dari pertemuan sahaja. Sekiranya kamu dan si dia hanya bertemu seminggu sekali pun asalkan ada komunikasi yang baik dan kepercayaan. malah hubungan kamu dan si dia mampu berjalan dengan baik.

10. BERNIKAH= MENGAKHIRI PERJALANAN CINTA

Ini adalah pandangan yang salah. Mungkin kerana terlalu percaya pada kisah Cindarella dan Puteri Dongeng, kamu termakan konsep bila cinta harus terus memikirkan tentang perkahwinan. Memang benar berkahwin itu perlu namun kamu harus ingat, berkahwin adalah gerbang kehidupan yang baru dan sangat berbeza dari masa bercinta. jadi pastikan kamu benar-benar bersedia sebelum melangkah ke alam perkahwinan ini.