Friday, 23 November 2012

TIP PIKAT KEKASIH



1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

PERKARA WANITA TIDAK SUKA





1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Oleh itu wahai kaum Adam sekalian,renung-renungkan artikel ini Kesemua sifat yang tidak disukai wanita ini adalah sifat mazmumah! Bersama hindari agar hubungan lebih harmoni

CIRI-CIRI WANITA DAMBAAN KAUM ADAM

Untuk menjadi wanita terpuji dan sentiasa menjadi idaman lelaki, Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamzah menggariskan beberapa ciri yang menjadi buruan lelaki dalam mencari pasangan dan jodoh untuk mendirikan rumah tanga.
Kecantikan dalaman
Kecantikan dalaman akan menyerlahkan keindahan hati dan perilaku seseorang wanita. Walaupun berpewatakan lemah lembut, mereka masih mempunyai nilai dan prinsip untuk mencari nama dan wang, tidak mengikut hawa nafsu dan tidak akan menuntut sesuatu yang bukan miliknya.
Selain itu, nur akan terpancar di wajah wanita yang mempunyai minda dan hati yang suka bersangka baik.
Keanak-anakan
Sifat semulajadi lelaki yang suka membela, menjaga, melindungi dan suka membimbing membuatkan mereka suka kepada wanita yang keanak-anakan dan manja. Namun, harus diingat, sifat keanakan yang terlampau juga boleh memperlihatkan wanita itu kurang matang dan membuatkan lelaki menyampah. Antaranya, bercakaplah dengan nada yang lemah lembut dan perilaku yang sopan santun.
Kecantikan
Wanita sememangnya diciptakan cantik dan indah. Malah, mereka akan bertambah cantik jika bujak menguruskan penampilan diri. Terdapat tiga pandangan tentang kecantikan wanita iaitu ‘nafsu mengatakan wanita itu cantik pada rupanya, akal mengatakan wanita itu cantik pada ilmu dan kepandaiannya dan hati mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya’.
Berakhlak mulia
Akhlak yang baik meletakkan wanita itu sebagai seorang yang solehah. Dan wanita solehah memainkan empat peranan penting iaitu sebagai seorang ibu, sebagai isteri tempat pengubat duka, seorang kekasih yang dirindui saban ketika dan sebagai mujahidah yang sentiasa teguh di belakang mujahidin.
Bepegang kepada agama
Berpegang kepada agama akan mengangkat martabat diri seorang wanita. Rasullulah menekankan, pilihlah yang beragama kerana agama menjadi kekuatan wanita melindungi maruah diri demi suami tercinta.
Keturunan baik-baik
Wanita dari keturunan baik-baik menjadi pilihan lelaki. Faktor keturunan sedikit sebanyak mempengaruhi generasi akan datang. Pun begitu, Allah juga mengangkat martabat wanita dari keturunan anak zina yang berperibadi mulia dan mereka tetap wanita idaman lelaki.
Bijaksana
Wanita yang bijak tetapi tidak menunjukkan memang menjadi idaman lelaki. Jika wanita suka menunjuk-nunjuk, ia boleh mencabar ego lelaki dan menyebabkan lelaki menyampah serta tidak berani mendekatinya.
Keseksian
Lelaki suka melihat wanita yang seksi tetapi awas lelaki juga tidak suka wanita idamannya menjadi bahan pameran kepada semua lelaki. Justeru, simpanlah keindahan dan keseksian tersebut hanya untuk suami tercinta.
Tidak cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki. Mulut wanita yang suka mengkritik, memperbesarkan perkara yang kecil, berceloteh benda yang sama dan bercakap tentang sesuatu yang tidak berasas memang menjengkelkan lelaki.
Wahai wanita, anda dinasihatkan berkatalah dengan perkataan yang indah, menghiburkan dan bermanfaat sahaja.
Memahami lelaki
Jadilah wanita yang peka dan mempunyai gerak hati yang kuat untuk memahami lelaki. Ini kerana lelaki mengimpikan pasangan yang mampu memahami situasinya dalam suka dan duka dengan membaca riak wajah tanpa perlu berbicara. Lantas, bertindak menghiburkan dan memberikan semangat dan kekuatan.
Tidak terlampau cemburu
Lelaki tidak suka wanita yang suka mengongkong dan cemburu buta. Jangan suka membuat tuduhan yang beremosi tanpa bukti yang kukuh. Lebih elok bersangka baik dan berbincang dengan cara yang paling berhemah sebelum membuat tuduhan melulu.
Sejuk mata memandang
Wanita yang sentiasa bersopan santun, manis wajah, sentiasa senyum, menutup aurat, ramah mesra dan menundukkan pandangan secara tidak langsung, akan mendamaikan perasaan lelaki.
Pandai menaikkan semangat dan motivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi. Wanita ini bukan sahaja menjadi dorongan kepada suami, malah berbakat menjadi ibu yang mampu merangsang anak-anak menjadi cemerlang.
Canggih
Bagi lelaki, wanita yang canggih sentiasa tampil ideal, anggun dan menawan. Wanita yang canggih tahu menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri wanita islam.
Pemaaf
Wanita yang pemaaf mempunyai keunggulan yang tersendiri di hati lelaki. Meminta maaf terlebih dahulu walaupun diri tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang cukup tinggi dan mudah disayangi.
Sembang
Wanita yang pandai mengurus hidupnya dengan seimbang dari segi pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, pengurusan masa dan sebagainya juga menjadi idaman lelaki. Sifat ini penting dalam menguruskan keluarga kelak.

Thursday, 22 November 2012

21 TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA

adakah lelaki itu jatuh cinta pada anda? ketahuilah ciri2 yg mereka sudah jatuh cinta pada anda. ketahuilah rahsia lelaki.. jeng3x dah tak blh sorok lagi.




1 - Mereka senyum kepada anda (terlalu banyak senyuman yang diberikan).

2 - Mereka gelak dengan lawak jenaka anda (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak).

3 - Mereka pertahankan anda daripada orang lain.

4 - Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.

5 - Mereka merenung anda secara sembunyi.

6 - Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.

7 - Mereka gemar untuk menyebut nama anda.

8 - Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.

9 - Mereka akan mengajak anda keluar.

10 - Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.

11 - Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.

12 - Mereka akan memuji penampilan anda.

13 - Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.

14 - Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.

15 - Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.

16 - Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.

17 - Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.

18 - Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.

19 - Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar. 

20 - Mereka mengambil berat dan perihatin dengan diri anda.

21 - Mereka sentiasa mendoakan kebaikan untuk anda.

Lelaki jatuh cinta apabila mereka menemui wanita yang berjaya mengisi kekosongan di hati mereka. Setiap lelaki mempunyai keinginan masing-masing, namun tanda-tanda di atas adalah kelaziman tingkah laku yang ditunjukkan oleh lelaki apabila mereka jatuh cinta. 

rahsia lelaki dah terbongkar, kdg2 mereka ego x nak berterus terang. bagi azie lelaki yang hensem boleh buang egonya depan wanita yang di cintainya dan berterus terang menyukai wanita itu. 



hahahahaha bye3



AKU, DIA & MEREKA


assalamualaikum

2 orang jejaka idaman malaya dan 2 orang gadis melayu terakhir hehe... ok azie kenalkan dari kiri shafi, acap, pjod dan yg terakhir 2 azie la. sekarang nie azie rase bahagia sangat2 sbb dpt kwn yg baik macam diowrg. diowrg nie mmg baik ngan azie tuhan saje yang tahu. diowrg banyak tahu pasal azie. bukan azie yg bg taw tapi ibu yang bg tahu heheheehe.. sbnrnya azie da lame kenal ngan acap n shafi tp x pernah tegur bukan sombong tapi malu nak tegur owrg tambahan lelaki pulak. tahun lepas sambung belajar kat form 6 baru tegur n berkawan ngan diowrg.

setelah 1 tahun lebih, kenal diowrg baru tahu macam mane. diowrg mmg baik bagi aq. pjod 2 aq kenal tahun lepas, balik dr parlimen antr bell blk ke ktm. paz 2 g makan2 kat restoran seri manis, da kenyang makan antr  pjod blk da smpai di umh dia. borak punye borak paz bru tahu sedare.. hahaha kelakarkan. keciknye dunia nie kan.

  terima kasih sbb sllu dgr pe yg aq luahkan n jd pndgr yg baik. aq mmg terharu ngan sikap kowrg.







                                                                                              khas dr hati yg tulus ikhlas,
                                                                                                       AZIE YAZID

Saturday, 17 November 2012

study3 hehehehe

Assalamualaikum......

hurm... STPM semakin hampir, ary isnin nie paper pengajian am kertas 2, selasa bahasa malaysia kertas 2 dan rabu sejarah kertas satu. perhhhh naik angin nak bace. dengan wujudnye study group sekurang-kurangnya meringankan sikit beban di kepala masing2. maun x gelabah nk dekat exam. sehari 2 kali study. mereka sanggup datang dari jauh untuk belajar bersama-sama. aq harap kite same2 berjaya ok, amin.

nielah guru study kami cik bella hehehehe

bukan main tekun acap study n menghafal mmg laju hehehehe

menulis sbgai untk mengingat kan ape yg di bace

nie da keletihan. 







Friday, 9 November 2012

Exam STPM !!!!

assalamualaikum....

       sedar x sedar 19hb nie aq mnduduki stpm.. ary nie de program titisan restu dari cikgu. ternyata hati terasa sebak kerana akan meninggalkan cikgu2 dan sekolah. banyak kenangan manis dan pahit aq telah lalui semasa menuntut di sana. sukar untuk aq lupakan cikgu2 yang mengajar aq dari tahun lepas sehinggalah sampai hari ini. tipulah kalau aq kate tak terase sebak apabila melihat cikgu zaini berlinangan air mata. aq sayang semua cikgu yang pernah mengajar dan mendidik aq. hari nie aq kembali semula ke sekolah selepas 7 hari aq ponteng sekolah di sebabkan x de mood n kurang sihat. ermm aq kene kuatkan semangat demi ibu n ayah. hati aq rase lega dapat jumpe sufiah, fatin n bella. fatin n sufiah sllu hantar msj tanye hari2 aq macam mana thanks kowrg. azie appreciated sgt.

Senyum khas buat kawan2 ku syafiza, fatin, sufiah n bella. walaupun aq kurang berkomunikasi ngan kowrg tapi x bermakne aq x sayang kowrg lagi.



satu permintaan salah sowrg kawan aq x dapat aq tunaikan maafkan aq.. permintaan itu sukar untuk aq lakukan... tapi aq akan cuba suatu hari nanti. 


nie kembar ponteng aq hehehe... dia la kwn baik aq plg aq x blh lupa... satu lagi yang orang ramai x tahu kami rapat kerana kami bersaudara. kadang2 dia pandai jagak melawak. macam2 masalah aq ngan dia lalui bersama2. aq tetap sayangkan kau jod, ko sebahagian dari keluarga aq


nie bella kawan baik aq jagak kami juga bersaudara. ermm comelkan.