Saturday, 29 December 2012

KENAPA ALLAH LAMBAT PERTEMUKAN JODOH KAMU ?




Assalamualaikum


Jodoh itu rahsia Allah. Sejauh dan sedalam manapun kamu fikirkan, ia tetap menjadi satu misteri yang tidak mudah diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.

Namun itu tidak bermakna kamu hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kudrat yang telah Allah kurniakan memandu kamu dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakal kepada Allah kerana sesungguhnya kamu sebagai makhluk hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan pengakhirannya. 

Bukan Allah tidak tahu kesungguhan kamu bangun di tengah malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah tidak tahu betapa perit dan derita yang kamu tanggung. Bukan Allah tidak tahu betapa bersungguhnya kamu berusaha mencari yang terbaik.
  
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinilah bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah telah menguji anda dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.

Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.
Tidak mengapa jika sudah banyak kali anda merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Namun, jangan sesekali berputus harap. Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar.

KATA-KATA SEMANGAT TENTANG CINTA


Assalamualaikum


Hari nie azie kongsikan kata-kata yang mungkin berkaitan dengan kamu semua, kata-kata yang mampu buatkan kamu kuat semangat dan lebih yakin pada cinta. Inilah kehidupan dengan cinta :) 

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan

PENAWAR KEPADA PUTUS CINTA






1. Dunia belum Berakhir.

Lepaskan segala kegelisahan hati yang lara bersama rindu yang bertahta itu,biarkan di bawa angin yang berlalu. Kita akan sentiasa menghirup udara. Begitu juga dengan kehidupan. Kita akan sentiasa berdepan dengan kehidupan selagi kita belum temui kematian. Dia hanya pergi tinggalkan kita bersama kenagan. Itu saja. Dia masih ada. Biarkan dia bahagia. Bukankah kebahagiaan dia itu kebahagiaan kita juga?

2. Berfikiran positif. 

Kalau dulu kita menyayanginya, kenapa perlu hari ini kita membencinya? Hanya kerana kesilapan yang dilakukan, kita konon-konon tak boleh memaafkannya. Manusia itu tak sempurna sifatnya. Kalau semua orang bermusuhan, maka tak amanlah dunia. Cuba bayangkan, kalau suatu ketika dulu kita pernah bergelak ketawa, bergurau senda, kenapa hari ini kita nak memaki hamun? Cukup hanya sekadar berdiam, tidak berkata apa-apa. Itu lebih baik.

3. Terima hakikat bahawa jodoh kita dengannya tiada Dan Jodoh itu rahsia ALLAH

Kita tak tahu masa akan datang. Siapa yang akan dipertemukan dengan kita. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Lelaki/Perempuan terbaik, tetapi bukan terbaik untuk kita. Jangan merasa dia tak cukup baik bila kita sudah tidak bersamanya.Dan percayalah ALLAH akan sediakan seseorang yang selayaknya untuk kita.


4. Kenagan itu jadikan sebagai kekuatan 

 Mengingati kenangan yang ada tu kadang-kala mengindahkan suasana, tapi jangan sampai kenangan itu membunuh dalam senyap. Sebab ada orang bunuh diri bila putus cinta. Tu putus asa dan putus harap dekat Allah. Berdosa besar hukumnya.Jadikan kenagan itu sebagai kayu ukur untuk cinta yang akan datang.

5.Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."

Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak." 


Untuk kaum wanita 

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.  Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.  Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu." :-)

untuk kaum adam 

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu. Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.


Wednesday, 26 December 2012

KURUS VS PLUS SIZE???



Ops, siapa pilihan di hatimu? Si kurus atau si gemuk? Sukar sebenarnya bila kamu terpaksa memilih. Ingin memilih sama ada mendampingi jejaka /gadis saiz plus-plus atau si kurus kering yang menjadi pujaan hati? Jom ikuti kuiz ini dan lihat siapakah pilihan paling tepat untuk kamu dampingi!

1. Kamu seorang yang sangat?
a.Cerewet bab makan.
b.Tak kisah.
c. Teliti dan sempurna.

2. Sekiranya kamu diganggu jejaka / gadis jalanan, pasti kamu?
a. Buat tidak tahu.
b. Senyum memberi harapan.
c. Tengok rupanya dahulu.

3. Kamu lebih suka melihat lelaki / perempuan yang?
a. Tembam tapi comel.
b. Kurus tapi kacak. / kurus tapi cantik
c. Tidak kisah.

4. Lelaki / gadis idaman kamu mestilah yang memiliki ciri-ciri?
a. Tinggi dan gagah. / kurus dan cantik
b. Sederhana dan menarik.
c. Segak dan bergaya. / matang dan bergaya

5. Bagi kamu, lelaki / gadis gemuk itu adalah?
a. Insan biasa yang patut dihargai.
b. Comel apabila dia senyum.
c. Sangat kuat makan.

6. Sekiranya kamu diberi pilihan untuk memilih barang yang menjadi kesayanganmu, pasti kamu akan memilih?
a. Bantal busuk.
b. Diari.
c. Patung beruang.

7. Kamu sangat suka lelaki / gadis yang?
a. Romantik.
b. Penyayang.
c. Kelakar / manja

8. Kamu seorang yang gemar?
a. Membeli belah.
b. Makan.
c. Membaca.

Jawapan A lebih banyak : Lelaki / Perempuan Kurus Itu Menawan!

Bagi kamu yang memiliki jawapan A, kamu boleh dikategorikan sebagai seorang yang mementingkan aspek rupa dan fizikal. Walau apa pun yang berlaku, kamu mesti memilih yang kurus. Kalau bukan kurus, jangan harap kamu nak layan. Wah! Cita rasa kamu sangat tinggi sebenarnya. Kasihan mereka yang berbadan besar. Mereka hanya boleh melihat dari jauh saja, nak datang dekat takut kena halau pula. Kamu jenis yang suka bila teman lelaki kamu itu menjaga penampilannya. Setiap kali kamu bertemu janji, pasti si dia nampak  macho dan cantik. Sungguh pun begitu, kamu kena ingat tidak kesemua lelaki dan perempuan kurus dan itu setia dan menyayangi kamu. Ada kalanya mereka hanya mahu mempergunakan kamu. Jadi awas!

Jawapan B lebih banyak : Terimalah Dia Seadanya!

Wow, mereka yang memiliki jawapan ini mempunyai keperibadian yang sangat menarik! Mereka seorang individu yang merendah diri. Susah sebenarnya nak mendapat kekasih seperti ini. Kamu boleh dikatakan neutral. Bahkan mana-mana pun kamu tidak kisah, janji si dia ikhlas dan jujur berteman denganmu. Alangkah bahagianya teman lelaki kamu kerana memiliki pasangan yang santai dan tidak kisah seperti kamu. Bagi kamu, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting, si dia dapat menerima kamu seadanya, malah dia juga sanggup mengharungi segala kesusahan dan kesenangan bersama. Inilah yang sepatutnya dicari oleh jejaka dan gadis di luar sana.

Jawapan C lebih banyak : Plus Size Itu Seksi!

Ops, betulkah? Pemilik jawapan ini sebenarnya seorang yang sangat sempoi. Mereka tidak pernah kisah dengan aspek rupa dan fizikal pasangan. Nak kata malu memang tak ada langsung, kalau keluar pun kamu masih mampu berpegangan tangan dan bergelak ketawa. Aneh bukan? Sedangkan trend remaja kini lebih gemar memilih kurus berbanding yang berbadan besar, namun kamu sebaliknya. Kamu lebih suka memilih berbadan besar kerana mereka kaya dengan kasih sayang. Meskipun perbezaan antara kalian sangat ketara, namun rasa cinta itu tetap utuh. Pasangan kamu pasti terharu saat kamu menerimanya sebagai teman hidupnya. Nampaknya kamu bukan individu yang mementingkan kesempurnaan. Tahniah



Setiap orang mempunyai mempunyai berlainan pendapat dan terpulang anda untuk menilainya. bagi azie cinta itu buta tidak mengenal usia, dan saiz. sesuatu perhubungan akan bertahan jika mempunyai sikap saling memahami, percaya dan jujuran satu sama lain . kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam agar tidak wujudnya pelbagai masalah.

sekian dari dr.cinta

Tuesday, 25 December 2012

APA YANG LELAKI MAHUKAN?


Bukan sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kenali si dia secara dekat dan ketahui apa yang mereka idamkan daripada kamu.

1. Kejujuran
Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang kamu zahirkan. Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah kamu yang diangkat sang jejaka. Oleh itu sedikit tip untuk gadis ialah  sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati kamu. Baik jujur daripada kamu yang sakit hati.

2. Hubungan Bebas Manipulasi
Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang kamu terhadapnya.

3. Berdikari
Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki. Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan kamu jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang
Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.Mereka juga mahukan seorang gadis  yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri,bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

5. Komitmen & Kesetiaan
Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain. Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk
Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji,lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.

KAHWIN MUDA?


Benar atau tidak berkahwin muda selalunya tidak akan berkekalan sehingga ke hari tua ? Pelbagai andaian yang dibuat hingga menyebabkan golongan remaja takut untuk mendirikan rumahtangga di usia muda. Namun, jika benarlah anggapan itu, mengapa orang-orang ‘veteran’ masih boleh bernafas sehingga kini, sedangkan hampir kesemuaan dari mereka berkahwin di usia muda ? Berhenti berfikir benda yang negatif, mula fikir sesuatu yang positif ayuh pelajari 5 benda yang harus kamu titik beratkan sekirannya kamu mahu berkahwin di usia muda.
1. Berfikiran MatangKamu perlu menjadi seorang yang matang berfikir dan rasional. Kamu tidak boleh berperangai seperti keanak-anakan dan terlalu mentah. Sekirannya hubungan kamu sedang menghadapi masalah, kamu harus bijak memikirkan jalan penyelesaian yang rasional.
2. Jangan Ada RahsiaHubungan yang baru setahun jagung amatlah rapuh dan mudah runtuh, ini kerana adanya sikap ‘prasangka’. Jadi, elakan daripada berahsia dengan pasangan kamu hingga menyebabkan si dia mula berprasangka dan curiga dengan kamu.
3. Luangkan Waktu BersamaJika dahulunya perkataan ‘workaholic’ sangat sinonim dengan kaum lelaki, kini perempuan juga tidak kurang hebatnya. Maka, tidak hairanlah jika kamu berdua jarang bertemu muka hingga menyebabkan si dia dan kamu tidak seintim dulu dan ia mula memberi kesan yang tidak baik pada hubungan kamu. Oleh itu, apa kata luangkanlah masa yang terluang bersama-sama dengan melalukan aktiviti yang berfaedah.
4. Buang Ego Yang Tinggi MelangitPerasaan ego dan remaja tidak dapat dipisahkan seperti isi dan kuku. Namun, dalam perhubungan perasaan ego harus di buang jauh apatah lagi bila kamu berdua telah bergelar suami isteri. Apasalahnya bertolak ansur lah sedikit.
5. Give and TakeTidak dapat dinafikan lagi, ada juga hubungan yang goyang akibat mereka tidak boleh menerima kelemahan pasangan mereka masing-masing. Mengapa mesti begitu? Seharunya, kamu sebagai suami isteri yang muda harus menerima kelemahan dan kekurangan pasangan kamu, kerana kamu perlu ingat, kamu juga mempunyai kekurangan. Jadi belajarlah teknik ‘Give and Take’ untuk menyelamatkan hubungan kamu berdua.


kahwin muda terpulang kepada diri sendiri. sebelum berkawin anda perlulah berpikir panjang kerana di kuatiri rumah tangga mengalami kepincangan dan akhirnya membawa kepada penceraian. pikirkanlah kahwin muda memberikan positif atau negatif. islam mengalakkan nikah dengan cepat untuk mengelakkan diri daripada maksiat. sebelum anda berkahwin pilihlah wanita yang mengikut syariat islam agama, keturunan, harta dan kecantikan.


sekian dari dr. cinta

KENALI SI MATA KERANJANG


“I sayang u lebih daripada diri i sendiri. I tak nak kehilangan u sayang! Walau apa pun yang terjadi, i tetap akan mempertahankan cinta kita. U kena tahu yang i sanggup habiskan duit i demi u. I akan cuba membahagiakan u sayang, jangan tinggalkan i ye!”

Euwww, jerat dah mengena! Nampak tak cara si kasanova cuba memikat kamu di awal perkenalan. Ayat yang digunakan bukan main manis lagi, kalah susu krimer. Nah! Kamu jangan pula terperangkap dengan cara layanan lelaki jenis ini terhadap kamu. Lebih baik kamu mengelak sebelum menjadi mangsanya. oleh itu, jom kita kenali ciri-ciri lelaki hidung belang ini!

1.    Peramah
Untuk pengetahuan kamu, salah satu ciri lelaki kasanova ini ialah mereka sentiasa menunjukkan bahawa diri mereka seorang yang peramah. Dengan sesiapa pun mereka akan bertegur sapa. Hatta bersama kamu pasti akan ada mana-mana perempuan yang akan ditegurnya di hadapan kamu. Bukannya apa, si dia ingin kamu tahu yang dirinya tidak akan berlaku curang di belakang kamu. Memang asalnya si dia seperti itu. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa si dia mahu kamu mempercayai dirinya. Walhal di belakang kamu sudah banyak stok yang dipasangnya.

2.    Berjenama
Hurm, lelaki kasanova sangat mementingkan jenama terutamanya daripada aspek penampilan diri. Kalau boleh serba serbi mestilah mahal dan mampu menunjukkan ciri-ciri kekayaan. Nak memikat gadis bukanlah mudah, tambahan lagi di zaman moden ini. Kebanyakan daripada kamu sudah tentulah mempunyai kelulusan dan berpangkat. Oleh itu, mereka akan mencari ruang dan peluang untuk mendampingi kamu atau lebih tepat duit kamu. Secara tidak langsung kamu pasti akan terpikat malah menganggap mereka itu betul-betul menyayangi kamu. Jangan mudah tertipu!

3.    Ambil Kesempatan
Huh! Agak melampau dan keterlaluan. Baru saja kenal dah berani nak sentuh-sentuh kamu terutamanya di bahagian sensitif. Taktik mereka ini memang sangat licik. Kalau boleh si dia mahu kamu hanyut dan pergi lebih jauh lagi dengan dirinya. Cara ini sebenarnya boleh menjerat kamu daripada meninggalkan si dia. Senanglah kehidupannya nanti bila kamu sudah berada di dalam genggamannya. Apa sahaja yang diminta pasti kamu akan menunaikannya. Maklumlah dah sayang, malah terlanjur pula jadi nak tak nak kamu terpaksa menurutinya. Awas!

4.    Cipta Alasan
Habis madu sepah dibuang, itulah gambaran sebenar diri kamu tika ini. Awal perkenalan, boleh dikatakan si dia menatang kamu bagaikan minyak yang penuh. Namun saat lelaki jenis ini sudah dapat apa yang diingininya, semuanya bertukar sekelip mata. Ada sahaja perkara yang cuba dibangkitkannya. Saat kamu mula terhidu rancangan jahatnya itu, mulalah si dia mencipta pelbagai alasan agar rahsianya itu tidak terbongkar. Si dia akan meletakkan kesalahan dirinya itu di atas bahu orang lain. Betapa bijaknya si dia. Kamu perlu ingat, lelaki kasanova sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginannya itu tercapai.

5.   Romantis
Pada mulanya si dia kelihatan sangat baik, sopan santun dan sempurna di mata kamu. Tak nampak langsung cacat celanya sehingga kamu mudah terpikat. Sedangkan si dia bukan seperti yang disangka. Si dia berjaya mengaburi mata kamu daripada melihat dirinya yang sebenar. Maklumlah nak memikatlah katakan. Namun perlu diingatkan di sini, semua itu tidak akan bertahan lama. Lamakelamaan si dia akan menunjukkan taringnya yang sebenar kepada kamu. Tika itu, hilanglah semua ucapan dan kata-kata manis buat kamu! Jadi berhati-hatilah.

6.   Bergaya
Mengenali lelaki berperwatakan kasanova ini tidaklah terlalu sukar. Mereka kelihatan sangat kemas dan sentiasa menunjukkan ciri-ciri lelaki yang kaya dengan harta benda. Walhal poket mereka sebenarnya kosong. Kalau ada pun hanya sebagai pelaburan awal untuk memikat kamu. Mudahnya mereka ingin memerangkap kamu untuk dijadikan mangsa bukan? Jadi untuk apa kamu berlengah lagi, angkat kaki dan nyahkan diri kamu daripada mendampingi lelaki seperti ini. Sungguhpun pada mulanya kamu kelihatan terpegun melihat cara mereka melayani kamu, namun jangan mudah meletakkan harapan yang tinggi. Takut-takut kamu yang sengsara

7.   Mungkir Janji
Awal-awal bolehlah si dia berjanji itu dan ini dengan kamu, bahkan lautan api pun sanggup direnangi. Maklumlah nak mengisi poket yang kosong, kenalah pandai memikat. Manakala kamu pula mudah sangat cair, pantang si dia bermadah sikit mulalah ke laut. Aduhai, jangan mudah percaya cik adik oi, menempah maut namanya! Semuanya palsu belaka, kamu akan lihat dengan sendirinya apabila perhubungan kamu mencecah hampir tiga bulan, pasti si dia akan memungkiri janji dan mula mencari jalan untuk mengelakkan dirinya daripada kamu.

8.   Pinjaman
Itulah lelaki, memang lumrah hidup apabila kamu bertemu dengan individu yang salah. Pasti akan ada pelbagai masalah yang membebani kamu. Bayangkanlah, baru sebulan mengenalinya, si dia dah berani nak pinjam wang dengan kamu atas alasan duit gajinya masih belum masuk, kad bank rosak dan pelbagai lagi. Patutkah? Sedangkan kalian masih terlalu baru untuk mengenali antara satu sama lain. Sekiranya kamu boleh menimbang mana baik dan buruk, sudah tentu kamu sudah dapat mengagaknya kan?

9.  Tampan
Tampan dan menarik itulah gambaran sebenar si kasanova. Maklumlah nak memikat si gadis pastilah rupa dijadikan sandaran Sekiranya kamu perhatikan, kebanyakan kasanova mempunyai rupa paras yang sangat menarik dan mampu meruntun hati setiap gadis. Mereka membeli jiwa si gadis dengan perwatakan fizikal yang dimiliki. Walaupun kamu bukan di dalam kategori cantik sekali pun janji poket penuh si dia tetap akan memikat dan berpura-pura menyayangi kamu. Apa yang penting, duit kamu akan menjadi miliknya dan secara langsung segala kos pembiayaan hidupnya akan ditanggung oleh kamu.

10.   Identiti
Pernah tak kamu bertanya tentang ahli keluarganya, si dia seolah-olah mengelak dan menukar topik perbualan? Sekiranya ada, kamu sudah boleh menjauhkan diri daripada si dia. Bukan apa, takut-takut nanti kamu yang merana. Sebolehnya si dia tidak mahu kamu menyentuh dan bertanya tentang ahli keluarganya. Kalau terdesak sangat, si dia akan cuba memutar belitkan cerita agar kamu yakin bahawa si dia anak orang kaya. Kadang-kadang bila diajak bertemu ibu bapanya, pelbagai alasan yang diberikan. Takut kantoilah katakan, nanti habislah periuk nasinya.

MAJLIS PERSANDINGAN DI SIANG HARI

Assalamualaikum....

             Seperti yang azie janjikan kepada anda untuk menerbitkan slot majlis perkahwinan di siang hari dan hari ini azie menunaikan janji itu. tidak baik jika kita memungkiri janji. majlis persandingan ini diadakan pada keesokkan harinya iaitu 23.12.2012. warna tema yang dipilih iaitu pink warna kegemaran wanita kerana sinonim dngan kelembutan yang di miliki. kami memulakan perjalanan untuk menghantar pengantin pada jam 12 tengah hari dan di iringi dengan jiran-jiran, sudara mara dan rakan-rakan. sebaik sahaja sampai di lokasi kami sambut dengan paluan kompang serta silat.


terpaku apabila melihat silat yang di persembahkan



majlis di teruskan dengan bersanding di atas pelamin


sesi bergambar dengan kaum keluarga



makan beradap bersama pengantin


SELAMAT PENGANTIN BARU PAK CU & MAKCU



Dahulu sebelum kita dipertemukan

aku adalah aku dan kau adalah kau

masalah ku adalah masalahku

dan masalah mu adalah masalah mu

dan saat kita dipertemukan dan dipersatukan

meski raga berbeda namun jiwa kita telah menyatu

aku adalah kau dan kau adalah aku


ini sahaja yang mampu sajikan untuk tatapan anda. insyaallah azie akan post lagi. nantikan post yang baru dan tajuk yang baru.









Sunday, 23 December 2012

MALAM PERNIKAHAN PAK CU & MAK CU

Assalamualaikum

    kini azie kembali setelah lama menghilangkan diri. bukan menghilangkan diri tanpa sebab tetapi kerana sibuk dengan pelbagai tugas yang harus di jalankan. pelajaran di utamakan dahulu kemudian baru membuat segala persiapan untuk pernikahan pak cu. alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya. ijab kabul di jalan kan pada 22.12.2012 selepas magrib di rumah pengantin perempuan. jika anda lihat di bawah terdapat persiapan untuk sebelum pernikahan di jalankan.



PROGRAM MALAM JUMAAT


cuci muka agar tampak berseri-seri di hari persandingan


memakai inai di jari


PERSIAPAN UNTUK AKAD NIKAH



muka pak cu selepas di solek


semasa solekkan di lakukan


akad nikah dijalankan


pak cu membaca taklik pada pengantin perempuan


bersama keluarga tercinta


dari kiri my bff pjod, azie dan mak

   alhamdulillah, akhirnya pak cu menamatkan zaman bujangnye. azie mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sehingga hujung nyawa, di berikan kebahagiaan dan di kurniakan dengan anak-anak yang soleh dan solehah :') amin. tuhan telah menentukan rezeki, jodoh n ajal maut. kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. sama-samalah kita berdoa agar rumah tangga yang mereka bina kekal dan bahagia sehingga ke hujung nyawa. tuhan telah menjanjikan yang terbaik untuk kita, bila? bagaimana? siapa semuanya hanya tuhan sahaja yang mengetahui.

Ini adalah salah satu doa untuk kebahagian keluarga. anda amalkan membaca surah ini.


Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)
”Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya maka kamu akan terhibur, jika kamu menyuruhnya maka ia akan menurut dengan patuh, jika kamu bersumpah agar ia melakukan sesuatu maka dipenuhi dengan baik dan jika kamu bepergian maka ia menjaga dirinya dan harta bendamu.” (HR Nasai ra)
sumber di petik dari rancangan realiti tv semanis kurma
Nantikan kemunculan slot ke- 2 majlis perkahwinan di siang hari

Friday, 23 November 2012

TIP PIKAT KEKASIH



1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

PERKARA WANITA TIDAK SUKA





1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Oleh itu wahai kaum Adam sekalian,renung-renungkan artikel ini Kesemua sifat yang tidak disukai wanita ini adalah sifat mazmumah! Bersama hindari agar hubungan lebih harmoni