Saturday, 29 December 2012

PENAWAR KEPADA PUTUS CINTA






1. Dunia belum Berakhir.

Lepaskan segala kegelisahan hati yang lara bersama rindu yang bertahta itu,biarkan di bawa angin yang berlalu. Kita akan sentiasa menghirup udara. Begitu juga dengan kehidupan. Kita akan sentiasa berdepan dengan kehidupan selagi kita belum temui kematian. Dia hanya pergi tinggalkan kita bersama kenagan. Itu saja. Dia masih ada. Biarkan dia bahagia. Bukankah kebahagiaan dia itu kebahagiaan kita juga?

2. Berfikiran positif. 

Kalau dulu kita menyayanginya, kenapa perlu hari ini kita membencinya? Hanya kerana kesilapan yang dilakukan, kita konon-konon tak boleh memaafkannya. Manusia itu tak sempurna sifatnya. Kalau semua orang bermusuhan, maka tak amanlah dunia. Cuba bayangkan, kalau suatu ketika dulu kita pernah bergelak ketawa, bergurau senda, kenapa hari ini kita nak memaki hamun? Cukup hanya sekadar berdiam, tidak berkata apa-apa. Itu lebih baik.

3. Terima hakikat bahawa jodoh kita dengannya tiada Dan Jodoh itu rahsia ALLAH

Kita tak tahu masa akan datang. Siapa yang akan dipertemukan dengan kita. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Lelaki/Perempuan terbaik, tetapi bukan terbaik untuk kita. Jangan merasa dia tak cukup baik bila kita sudah tidak bersamanya.Dan percayalah ALLAH akan sediakan seseorang yang selayaknya untuk kita.


4. Kenagan itu jadikan sebagai kekuatan 

 Mengingati kenangan yang ada tu kadang-kala mengindahkan suasana, tapi jangan sampai kenangan itu membunuh dalam senyap. Sebab ada orang bunuh diri bila putus cinta. Tu putus asa dan putus harap dekat Allah. Berdosa besar hukumnya.Jadikan kenagan itu sebagai kayu ukur untuk cinta yang akan datang.

5.Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."

Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak." 


Untuk kaum wanita 

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.  Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.  Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu." :-)

untuk kaum adam 

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu. Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.


No comments:

Post a Comment