Friday, 30 March 2012

CINTA

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)

... Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmid Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana titisan embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.
Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.
Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)

Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib

Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
A’idh Al-Qorni

Thursday, 29 March 2012

SEORANG WANITA






Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tiada di syurga, namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi jika lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungki...n mampu meluruskan mereka. Tidak logik sekiranya kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskan wanita dengan cara yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal, di situlah suisnya.

Akal setipis rambut, tebalkan ia dengan ilmu..Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman..Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana pada rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ’superman’ tanpa ’superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang mampu membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apa lagi mengenal lelaki. Kini bukan sahaja ramai boss telah kehilangan ’secretary’ malah anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puterinya.

Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula usah hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. Janganlah mangharapkan isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayyidina Ali..Buat wanita usah mandambakan insan seperi Muhammad kerana baginda hanyalah untuk wanita seperti Siti Khadijah..
sama-samalah kita memperbaiki diri kita.

Friday, 9 March 2012

RENUNGAN

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman.

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus Zulaikha?
...
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman sehidup bak Siti Khadijah kalau diri tidak sesempurna Rasulullah?

#Kaum adam boleh balas dengan jawapan ini.

Aku bukan Sulaiman untuk mendapat permata Balqis.
Aku juga tidak sekacak Yusof untuk memperoleh cinta Zulaikha.
Setiaku tidak dapat menandingi Ibrahim, jauh sekali cinta Siti Hajar.
Dan.. Aku tidak mengharap teman hidup yang seindah Siti Khadijah serta semanja Siti Aisyah kerana diriku tidak sehebat Muhammad Ya Rasulullah.

#Jadi, terima lah seseorang itu apa dengan apa adanya dia.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Manusia tiada yg sempurna :)Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman.

Thursday, 8 March 2012

SAHABAT

Hampir tujuh tahun aku mengenali dirimu
kau sebahagian dari hidupku
Kau sentiasa ada dengan ku
Di kala aku memerlukan mu

Pelbagai dugaan kita lalui bersama
suka, duka, tangis dan tawa
tiada rahsia antara kita
segalanya di kongsi bersama

Setiap yang berlaku menjadi kenangan
sukar untuk dilupakan
selalu bermain di ingatan
empunya diri NUR NABILAH BINTI WILDAN

Kau selalu mengingati aku
tidak jemu memberi nasihat kepadaku
hadirnya kau tatkala aku merinduimu
hanya kau sahabat sejati di hatiku

Saturday, 3 March 2012

HATIKU MILIKMU

Ku kunci pintu hati ini
Kau hadir tanpa ku sedari
Mengetuk pintu hati ini
Agar ku membukanya lagi

Setiap kata-kata yang keluar di bibirmu
Menjadi pendorong semangatku
Kau bukan insan pertama di hatiku
Tetapi kaulah menaluki hatiku

Ku menerima mu dengan penuh keikhlasan
Biarpun hati ini tiada minta balasan
Cukup kasih sayang dan kejujuran
Damparan hati diberikan

ku akui kau mempunyai ciri yang di ingini
terasa terharu apa yang di cari
kini berada di sisi
kau lah pelengkap hatiku ini

tatkala puisi ini di coretkan buatmu
hati ini sentiasa aku sentiasa ingat padamu
takdir telah tertulis bukan ku mahu
kau lah yang bertahta dihatiku





PENGKHIANAT CINTA


aku pernah memberikanmu cintaku ,
aku pernah menyayangimu setulus hatiku ,
aku pernah menyanjungmu tinggi ,
aku pernah menyerahkanmu kunci ke hatiku ,
aku pernah mengizinkanmu masuk ke duniaku ,
aku pernah menganggap kau orang yg terpenting dalam hidupku ,
namun
kau tidak pernah mencintaiku dengan ikhlas
kau tidak pernah menyayangiku dengan setulus hatimu
semua yang pernah kau beri itu hanyalah palsu semata mata
kau pengkhianat cinta
karna cintamu yang palsu dulu
kini ku derita atas kepergian mu

KHAS BUAT MU SAYANG


Maafkan atas kekurangan aku ini...
Aku belum layak untuk mencintai...
Namun jauh sudut hatiku ingin dicintai..

Aku tahan perasaan ini kerana kekecewaan semalam..
... Sampai bila aku juga tak pasti..

Yang pastinya,
Tidak aku buka hatiku melainkan ALLAH hadirkan perasaan cinta pada insan yang juga ALLAH hadirkan perasaan cinta padaku.
Kerana aku mahu mencintai

Aku tak mahu hanya sekadar memenuhi perasaan sedangkan itu bukan ketentuan. Kerana aku tahu sakitnya mencintai tetapi dikhianati..
Jika tuhan telah takdir kita bersama
ku akan menerima mu buat selamanya

Friday, 2 March 2012

KASIH ABADI

Kau membuat aku jatuh cinta
Kau membuatku tersenyum
Kau membuat ku ketawa
Kau membuatku menangis

Dahulu kau teman karibku
Dahulu kau menerima diriku
Sebagai teman
Tetapi mengapa sekarang
Kau lepaskan aku
Kau tinggalkan aku
Kau membuat ku menanti
Menanti dirimu

Hanya satu perlu kau tahu
Aku tetap menerimamu
Aku tetap menunggumu
Aku tetap menyayangimu
Aku tetap mencintaimu
Kerana kaulah kekasih abadiku.

CORETAN UNTUKMU

Sayu hati ini terkenangkan dirimu
Yang kini jauh dariku
Takkan ku lupakan kenangan bersamamu
Walau apa pun yang berlaku
Aku jua berharap kau mengingatiku
Dalam doamu

Sakit hatiku ini kerana merinduimu
Ku tahu kau juga merinduiku
Bila agaknya kita dapat bertemu
Melalui onak duri seperti seperti debu
Aku takkan pernah berhenti merinduimu
sehingga ajal menjemputku
Dan aku berharap kau juga begitu

CINTAKU KINI DIUJI

Semburan angin bayu itu telah
Memecah kaca di pegangan
Dan hampir memutuskan tali
Kesabaran
Peritnya bila tiada kejujuran
Pahitnya bila dimadukan
Sakitnya menyelubungi tirai kebenaran
Kebenaran
Ungkailah tali kekeliruaan ini
Mahukah dikau tahu sayang
Aku masih mencintaimu
Biarpun ku jauh darimu

MENGEJARMU

Lelah aku mengejar bayanganmu
Penat kakiku melangkah mengikut waktu
Mencari-cari dimana silapku
Teraba-raba setiap tingkahku

Hingga kau membuang aku
Jauh dari hidupmu
Dan kau carik hatiku
Ku kutip dan ku cantumkan satu demi satu

Menggagahi luka yang menusuk kalbu
Dan tetap ku biarkan airmata ini mengalir laju
Membasahi pipi yang semakin lesu
Tiada lagi gurau sendamu

Tiada lagi gelak tawamu
Yang sering membuatku rindu
Yang sering ku mimpi di setiap lenaku
Hingga ada kalanya mimpi aku dijamu

Dengan kata-kata manis bibirmu
Mengungkapkan rindu
Mengungkapkan kau syang padaku
Hingga aku tertunduk malu

Bila kau menyarung cincin di jari manisku
Tapi apakan dayaku
Semua itu hanyalah fantasi tidak berlagu
Sedangkan kini realiti yang penuh sendu

Sukarnya untuk aku melepaskan dirimu
Kerana sekian lama kau sebati di jiwaku
Teganya dirimu membuang aku dan berlalu
Seolah aku ini langsung tiada berharga bagimu

Sedangkan akulah selama ini yang setia di sisimu
Bersamamu waktu susah dan senangmu
Tapi akhirnya begini sikapmu
Aku tetap pasrah berlagu pilu

Sampai disini jodoh denganmu,
Semoga suatu hari nanti ku bisa melupaimu..