Thursday, 8 March 2012

SAHABAT

Hampir tujuh tahun aku mengenali dirimu
kau sebahagian dari hidupku
Kau sentiasa ada dengan ku
Di kala aku memerlukan mu

Pelbagai dugaan kita lalui bersama
suka, duka, tangis dan tawa
tiada rahsia antara kita
segalanya di kongsi bersama

Setiap yang berlaku menjadi kenangan
sukar untuk dilupakan
selalu bermain di ingatan
empunya diri NUR NABILAH BINTI WILDAN

Kau selalu mengingati aku
tidak jemu memberi nasihat kepadaku
hadirnya kau tatkala aku merinduimu
hanya kau sahabat sejati di hatiku

No comments:

Post a Comment